Tuesday, 5 July 2011

CINTA SANG RATU - RAMLEE AWANG MURSHID


Tatkala cinta berbisik suaranya memuji Tuhan.
Apabila rindu terusik Rasulnya jadi pilihan.


"SEBAGAI MANUSIA, AKU SAYANG KEPADAMU"

SINOPSIS

Cinta Sang Ratu laksana langit mencengkam purnama, 
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, 
selua langit terbentang.

Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji Tuhan, 
Pabila rindu terusik, Rasulnya menjadi pilihan.

Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian.

Akhir kurun ke-15:

Ratu Sulaiman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan terus bangkit. Seketika tadi, dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu padanya:

"Sebagai manusia, aku sayang padamu".

Awal abad ke-21:

Bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewaktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani terselamat dari badai ombak besar itu. Hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya:

"Haryani, walau apapun yang berlaku, 
saya tetap mencintai dan menyayangi awak"

Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada mulanya mereka benci. Dan, akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun apakah lelaki-lekai yang ditemui itu masih berpegagng pada kata-kata mereka sebagai satu janji?.


Novel ini merupakan sambungan kepada novel "Bagaikan Puteri".


PENULIS
Ramlee Awang Murshid


Penerbit
Alaf 21 Sdn Bhd

Halaman
554 muka surat

Berat
500 g

Harga Asal
RM 19.90

Harga Jual
RM 10.00 + RM 7.00 (kos penghantaran)  SUDAH TERJUAL 


Untuk membeli, email ke novel2ndhand(at)gmail.com.

No comments:

Post a Comment