Thursday 29 December 2011

TAKBIR-TAKBIR CINTA


ULASAN

"Pengalaman saya ketika menunaikan haji arwah ibu kandung, saya merasakan seakan kembali ke dalam kandungan ibu. Saya luluh menemui Allah dalam jiwa kosong mencapai titik noktah, Inilah Yang Maha Cinta iaitu Allah SWT. Dia yang kita kenal melalui kasih sayang seorang ibu, penuh pengorbanan tanpa mengeluh. Pembaca akan merasakan apa yang disajikan oleh Riyanto El-HArits dalam novel ini, kerana dengan kata-kata ibunya membuatkannya terjaga untuk terus bersemangat dalam tugas dan pengabdian, meskipun ibunya sudah lama tiada".  ~ Inu Kencana Syafi'ie (Pensyarah IPDN) ` Undecover.


Setiap kita pasti memiliki ibu, walaupun yang masih hidup ataupun yang sudah tiada. Novel ini akan membuat kita kian mencintai ibu kita, merasakan makna kewujudannya dalam kehidupan kita, sungguhpun kita juga sudah meningkat usia". ~ Muhammad El Natsir (Pengarang novel Tahajjud Cinta).



PENULIS
Riyanto El Haris

Penerbit
Global Aksara Sdn Bhd

Halaman
395 muka surat

Berat
380 g

Harga Asal
RM 28.90

Harga Jual
RM 20.00 + RM 7.00 (kos penghantaran)   SOLD OUT


Untuk membeli novel ini, email ke novel2ndhand(at)gmail.com.

Sunday 18 December 2011

DINGIN SALJU INDIANA



SINOPSIS NOVEL DINGIN SALJU INDIANA


Jannah dan Murni memilih Indiana, Amerika Syarikat untuk menyambung pengajian, tanpa menyangka hadirnya cabaran yang menggugat persahabatan dan permasalahan yang mencabar keimanan. Murni menyentak rasa dengan sikap dan egonya. Malah, segalanya tentang Murni mencemaskan. Jannah yang tegas, pernah mengaku kalah di tengah jalan, namun dia harus lebih kuat menghadapi keadaan. Masalah teman serumah, Nana, cukup memeningkan. Kehidupan pelik Kak Icon mengundang tanda tanya. Sikap prihatin melampau Kak Zai mengundang rencah rasa. Dalam masa yang sama, dua jejaka hadir di hati Jannah: Azhar dengan surat-suratnya yang membaja semangat dan Matthew, pemuda Kristian yang mencari kebenaran. Siapakah yang jodohnya Allah tentukan buat Jannah?

Penerbit
Galeri Ilmu

Halaman
376 muka surat

Harga Asal
RM 19.50

Harga Jual
RM 12 (harga novel) + RM 7 (kos penghantaran)  SOLD OUT

*** Novel ini dibeli pada Disember 2011, baru dibaca sekali. Tip top condition :D ***

p/s: Novel ini telah diadaptasi ke DRAMA DINGIN LAVENDA, tv3. 

p/s: Untuk membeli novel ini, SILA KLIK SINI.

Friday 25 November 2011

CINTA KONTRAK- NURUL AIN SYUHADA


Sinopsis Cinta Kontrak

"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!" Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.

Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.

Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato' Eddy disebuah syarikat besar.

Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.

Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?

"Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!" selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.


PENULIS
Nurul Ain Syuhada


Penerbit
Karya Seni

Halaman
596 muka surat

Harga Asal
RM 20.00

Harga Jual
RM 12.00 + RM 7.00 (kos penghantaran)   SUDAH TERJUAL

*** Novel ini baru dibeli pada November 2011 dan tip top condition.



p/s: Untuk membeli, sila rujuk pada menu cara pembelian dan pembayaran di bawah header.

Tuesday 5 July 2011

OMBAK RINDU - FAUZIAH ASHARI


SINOPSIS

Izzah adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bencana dalam keluarga.

Pak cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.

Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.

Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanahair menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bagaimana pula penerimaan Mila pada Izzah? Dapatkah hariz membahagiakan Izzah dan Mila? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?


PENULIS
Fauziah Ashari


Penerbit
Alaf 21 Sdn Bhd

Halaman
576 muka surat

Harga Asal
RM 19.90

Harga Jual
RM 12.00 + RM 7.00 (kos penghantaran)   (SOLD OUT)

*** Novel ini baru dibeli pada Jun 2011 dan tip top condition.

BLOG PRIASETIA



SINOPSIS



Tidak membuka laman blog itu sehari, Yuni Shora menjadi gundah. Tidak membaca apa yang didiktat oleh Priasetia, hidupnya menjadi serba tidak kena. Laman tersebut teman diwaktu berduka. Seringkala ketika kesunyian melanda, Blog Periasetia menjadi temannya.

Namun tanpa sedar, Yuni Shora akhirnya terperangkap dalam seribu macam cerita Priasetia. Kehilangan adiknya, Azroi, kisah silam sahabat ayahnya dan onar Lola Kesandra, si wanita pemburu nafsu, semua berkait dengan Blog Priasetia.Blog Priasetia, mengumpul segala suka duka, di situ segala ruwetnya kehidupan terburai dan paling penting, di situ kisah cinta Yuni Shora bermula.


PENULIS
Anuar Kamaruddin


Penerbit
NB Kara Sdn Bhd

Halaman
571 muka surat

Berat
500 g

Harga Asal
RM 22.00

Harga Jual
RM 15.00 (harga novel) + RM 7.00 (kos penghantaran)   SUDAH TERJUAL

Untuk membeli, sila email ke novel2ndhand(at)gmail.com

EGOIS - NORHAYATI BERAHIM


Atia dan Fikri berkawan sejak di bangku sekolah dan kini sama-sama bekerja sebagai remiser. Hubungan mereka telah diketahui oleh keluarga masing-masing. Namun sebagai wanita, Atia tidak pernah mempamerkan emosinya sama ada dia menyukai Fikri sebagai kekasih atau sahabat. Fikri yang memang menyintai Atia mula mereka cerita yang dia sudah bertunang kerana mahu melihat reaksi Atia. Atia walaupun tidak pernah mempamerkan emosinya sebenarnya memang menyintai Fikri. Dia berasa amat kecewa dengan berita pertunangan itu. Sebgai seorang remiser, Atia mempunyai ramai pelanggan dan salah seorangnya Lokman. Lokman seorang yang 'male chauvinist' akhirnya jatuh cinta pada Atia namun Atia menolaknya kerana bagi dia cinta tidak semudah itu beralih arah.

Selepas emak Atilia, Ramlah meninggal dunia, Atia diberitahu oleh ayah mereka, Haji Idris yang emeka mereka mempunyai seorang kakak. Atia pergi mencari emak saudaranya yang dipanggil Mak Long. Mak Long mempunyai seorang anak yang bernama Azali. 

Kerana kecewa mendengar berita pertunangan Fikri, Atia selalu mengunjungi Mak Longnya ketika hujung minggu. Dari situ, hubungan Atia dengan Azali bertambah rapat. Haji Idris melahirkan kebimbangannya apabila Azali mahu meminang Atia. 

Mengapa Haji Idris berasa bimbang?. Apakah rahsia yang disimpannya?. Siapakah akhirnya yang menjadi suami Atia?

PENULIS
Norhayati Berahim


Penerbit
Alaf 21 Sdn Bhd

Halaman
310 muka surat

Berat
300 g

Harga Asal
RM 12.00

Harga Jual
RM 5.00 + RM 7.00 (kos penghantaran)   SUDAH TERJUAL

CHINTA - NORHAYATI BERAHIM


SINOPSIS

Zahirnya dia lelaki yang sempurna, ada gaya ada harta. Sedangkan tiada sesiapa yang tahu, dia sebenarnya sedang menderita. Derita jiwa yang menghantui bertahun lalu lama. Kerana angkara si emak, lelaki yang bernama Raja Akid itu tidak pernah percaya pada cinta. Bahkan dendam yang berladung di hati tidak pernah dapat diusir dari diri. Dan sampai satu saat, gadis yang bernama Chinta itu hadir. Raja Akid terperangkap antara kasihnya terhadap Chinta dan bencinya pada wanita.Beranikah dia menghuraikan segala rahsia yang disimpan? Dapatkah dimiliki kasih Chinta? Sebenarnya… hanya Raja Akid sahaja yang boleh menjawabnya.


PENULIS
Norhayati Berahim

Penerbit
Alaf 21 Sdn Bhd

Halaman
728 muka surat

Berat
620 g

Harga Asal
RM 24.90

Harga Jual
RM 16.00 + RM 7.00 (kos penghantaran) SOLD OUT

Untuk membeli, email ke novel2ndhand(at)gmail.com.

SETIA MENANTI - FAUZIAH ASHARI



SINOPSIS

Pandang pertama telah memutikkan cinta di hati Adrina terhadap Akid Ajmal. Malangnya, lelaki itu memilih Fatihah sebagai kekasihnya. Adrina memujuk perasaannya agar melupakan lelaki itu. Bertahun-tahun dia merawat hatinya sendiri. 

Tanpa disangka, takdir telah menemukan mereka semula. Akid Ajmal yang kecewa bercinta mula merindui Adrina yang masih terluka. Sejak itu dia berusaha untuk meraih cinta si gadis. Ternyata, hati Adrina memang untuk Akid Ajmal.Setelah janji diikat, mereka bagaikan tidak sabar menanti hari bahagia untuk menyulam kasih sehidup semati. Namun, kemunculan Fatihah telah merobek kesetiaan Akid Ajmal. Malah, Akid Ajmal sanggup menikahi Fatihah yang tercela maruahnya. Adrina benar-benar kecewa dengan permainan cinta Akid Ajmal. Dalam merawat lara, Zulfaris muncul memberikan semangat dan harapan. Tetapi, antara kasih dan belas, Adrina terjerat antara Akid Ajmal dan Zulfaris. Dengan hati yang terluka, dia harus memilih seorang daripada mereka kerana cintanya hanya satu.



PENULIS
Fauziah Ashaari

Penerbit
Alaf 21 Sdn Bhd

Halaman
530 muka surat

Berat
500 g

Harga Asal
RM 19.90

Harga Jual
RM 10.00 + RM 7.00 (kos penghantaran)  SOLD OUT

p/s: Sila email ke novel2ndhand[at]gmail.com untuk membeli novel ini.

BICARA HATI - DAMYA HANA



Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu memikirkan cadangan emaknya ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang tidak pernah dicintai. Seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran tidak dikenali dan tidak mungkin Zahlia boleh jatuh cinta dengan pemuda itu. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenangi hati Zahlia. Akhirnya Zahlia akur tetapi dengan syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu. Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah. Egonya terlalu tinggi dan dia tidak mengikut penjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu. Tengku Syahran telah mungkir janji. Kini timbul pelbagai konflik dalam rumah tangganya. Benarkah hakikat bahawa perkahwinan yang berdasarkan kontrak tidak dapat mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan? Bicara Hati sebuah kisah yang dapat mengungkap segala rahsia.

PENULIS
Damya Hana

Penerbit
Alaf 21 Sdn Bhd

Halaman
559 muka surat

Berat
500 g

Harga Asal
RM 18.00

Harga Jual
RM 9.00 + RM 7.00 (kos penghantaran) SOLD OUT

CINTA SANG RATU - RAMLEE AWANG MURSHID


Tatkala cinta berbisik suaranya memuji Tuhan.
Apabila rindu terusik Rasulnya jadi pilihan.


"SEBAGAI MANUSIA, AKU SAYANG KEPADAMU"

SINOPSIS

Cinta Sang Ratu laksana langit mencengkam purnama, 
ibarat mutiara di lautan biru
saujana mata memandang, 
selua langit terbentang.

Tatkala cinta berbisik, suaranya memuji Tuhan, 
Pabila rindu terusik, Rasulnya menjadi pilihan.

Sampai masanya cinta jadi taruhan
Sang Ratu menjadi impian.

Akhir kurun ke-15:

Ratu Sulaiman terus memerhatikan kerumunan orang ramai. Dia tertinjau-tinjau dan mengharapkan Laksamana Sunan terus bangkit. Seketika tadi, dia berjaya melepaskan sebilah anak panah tepat ke belakang lelaki itu. Jantungnya kini bagai direntap kasar apabila melihat jasad Laksamana Sunan diusung beramai-ramai. Hatinya rawan teringatkan ucapan lelaki itu padanya:

"Sebagai manusia, aku sayang padamu".

Awal abad ke-21:

Bersendirian di bilik tidur, Haryani meraih ingatannya kepada Dani. Lelaki yang telah menyelamatkan nyawanya itu kini hilang sewaktu tsunami melanda Aceh. Harapan untuk Dani hidup amat tipis. Tidak mungkin Dani terselamat dari badai ombak besar itu. Hanya kata-kata Dani sahaja yang menjadi pengubat resahnya:

"Haryani, walau apapun yang berlaku, 
saya tetap mencintai dan menyayangi awak"

Dua wanita dari dua zaman ditakdirkan mencari lelaki-lelaki yang pada mulanya mereka benci. Dan, akhirnya bertemu dengan orang yang dicari. Namun apakah lelaki-lekai yang ditemui itu masih berpegagng pada kata-kata mereka sebagai satu janji?.


Novel ini merupakan sambungan kepada novel "Bagaikan Puteri".


PENULIS
Ramlee Awang Murshid


Penerbit
Alaf 21 Sdn Bhd

Halaman
554 muka surat

Berat
500 g

Harga Asal
RM 19.90

Harga Jual
RM 10.00 + RM 7.00 (kos penghantaran)  SUDAH TERJUAL 


Untuk membeli, email ke novel2ndhand(at)gmail.com.

SELAUT KASIH



"SISIPKAN RINDUKU DALAM HATIMU"

SINOPSIS


Kasih sayang antara Najihah dan Jeffry ibarat bulan dan bintang. Kebahagiaan rumahtangga mereka umpama laut yang tenang. janji setia yang mereka lafazkan tetap kukuh. Cinta mereka tidak pernah surut.

Namun, ombak resah akhirnya mendamparkan mereka di pantai dugaan. Najihah diperkosa oleh Faiz, lelaki pendendam yang cintanya ditolak oleh Najihah. Tragedi hitam itu menyebabkan Najihah jadi paranoid. Apatah lagi bila dia disahkan mengandung. tapi anak siapa?

Sebagai suami, Jeffry berusaha memahami perubahan Najihah yang jadi pendiam dan langsung tidak mahu disentuh. Tapi ego lelakinya sering bertingkah dgn keadaan Najihah dan kemahuan kelakiannya.

Demi kebaikan bersama, Najihah memaksa Jeffry menikahi Sharlini sebagai isteri kedua. Konflik rumah tangga mereka semakin kalut, bila sharini bertindak merampas Jeffry sebagai 'haknya seorg' kerana kononnya Jeffry adalah bekas kekasihnya yang 'dirampas' oleh Najihah.

Bagi Jeffry, dalam hatinya cuma ada Najihah...


PENULIS
Azilawati Mat Angsar


Penerbit
Alaf 21 Sdn Bhd

Halaman
414 muka surat

Berat
400 g

Harga Asal
RM 14.00

Harga Jual
RM 6.00 + RM 7.00 (kos penghantaran)  SOLD OUT

ANGKARA SAKA


"BILA TETAMU YANG DATANG TIDAK MAHU PULANG"

SINOPSIS

Wajah bulan di langit kian suram. Petir berdentum-dentam memecah keheningan malam Jumaat Keliwon. Anehnya, ribut yang melanda langsung tidak membawa setitis hujan. Tiba-tiba satu jeritan nyaring melolong minta tolong. Nor Zuzalina seperti histeria, berguling di lantai bila jembalang berwajah ngeri itu mahu mencekiknya. Cikgu Hisyam kaget melihat isterinya. 

Di sebuah pondok di hujung kampung, Usu Lijah tersenyum puas. Dendan sudah berbalas!. Hatinya sakit bila Cikgu Hisyam mengecewakan anak saudaranya Cikgu Jasmin. Secara halus, Nor Zuzalina akan terus dirasuk oleh hantu belaannya. Dia bersumpah akan mengganggu kehidupan suami isteri ini hingga bercerai-berai.

Cikgu Hisyam terkejut apabila mendapat tahu bahawa isterinya diganggu oleh pelesit belaan Usu Lijah. Spontan dia teringatkan Cikgu Jasmin. Tak mungkin gadis itu bertindak sedemikian kerana cintanya tak berbalas. Lagipun dia tidak pernah menaruh hati pada Cikgu Jasmin.

Apakah yang akan terjadi pada Nor Zuzalina?. Bersediakah Cikgu Hisyam bersemuka dengan Usu Lijah untuk menuntut bela?. Apa pula reaksi Cikgu Jasmin apabila mengetahui perbuatan emak saudaranya?.

PENULIS
Zaifuzaman Ahmad

Penerbit
Alaf 21 Sdn Bhd

Halaman
375 muka surat

Berat
360 g

Harga Asal
RM 14.00

Harga Jual
RM 6.00 + RM 7.00 (kos penghantaran) SOLD OUT

ARCA KASIH


SINOPSIS

Norashikin bertugas di sebuah syarikat yabg terkenal di Kuantan. Dia seorang gadis yang cantik dan berjawatan eksekutif di syarikat itu. Ramai lelaki yang ingin memikatnya namun mereka tidak berani kerana kedudukan beliau dalam syarikat itu mengatasi segala-galanya. 

Suatu hari, Norashikin telah dipertemukan dengan Asmawi di satu mesyuarat penting yang diadakan di syarikatnya. Sebaik sahaja mesyuarat dimulakan, mata Asmawi asyik memandang Norashikin. Dia benar-benar tertarik dengan kejelitaan Norashikin. Pelbagai cara dilakukan untuk memenangi hati Norashikin tetapi Norashikin tidak suka kepada Asmawi kerana dia lebih egoistik. 

Pada Asmawi, menambat hati gadis itu merupakan prioriti dalam hidupnya. Dasar lelaki memang tidak pernah mengaku kalah. Akhirnya Asmawi berjaya memiliki Norashikin tetapi kemunculan Sandra teman lamanya dari England, secara tiba-tiba menggugat kasih mereka. Norashikin rasa tertipu dan cuba melarikan diri dari Asmawi.

Tatkala hati Norashikin dilanda kebuntuan, dia mendapat tahu yang Asmawi menghidap penyakit Retinal Detachment yang mungkin menyebabkan dia hilang penglihatan. Adakah Norashikin rela membiarkan lelaki yang pernah dikasihinya menderita?. 

PENULIS
Norzailina Nordin

Penerbit
Alaf 21 Sdn Bhd

Halaman
499 muka surat

Berat
480 g

Harga Asal
RM 17.00

Harga Jual
RM 9.00 + RM 7.00 (kos penghantaran)  SOLD OUT

SUKMA RINDU


SINOPSIS

Pertemuan Dianza dan Azril adalah suatu kebetulan yang indah. Namun, kerana merasakan diri tidak pantas untuk bercinta, mereka membiarkan diri memendam rasa. Masing-masing terpisah membawa arah sendiri, tanpa kata kepastian. Antara sahabat dan kekasih. Persahabatan dan percintaan. Bumi kampus telah menemukan Dianza dan Fredie. Dalam diam, ada rasa kasih yang bertunas. Rindu bertandang bila berjauhan, namun bukan mudah untuk mendapat kata pasti daripada seorang lelaki bernama Fredie. Lalu, Dianza membiarkan hari-hari berlalu dengan seribu harapan yang menanti. Cabaran datang menduga, Dianza bertemu dengan Azril semula. Pertemuan yang memaksa dia membuat pilihan. Perlukah dinanti kasih Fredie atau menerima Azril hanya kerana simpati? Dan di tangan Dianza, ada segala jawapannya.

PENULIS
Fariza Zuliana

Penerbit
Alaf 21 Sdn Bhd

Halaman
312 muka surat

Berat
300 g

Harga Asal
RM 13.00

Harga Jual
RM 6.00 + RM 7.00 (kos penghantaran) SUDAH TERJUAL


p/s: Untuk membeli, email ke novel2ndhand(at)gmail.com