Wednesday 23 January 2013

GELAK TERGOLEK

Gelak Tergolek
 
 
Rahman: "Aku terima nikahnya Siti Maimun binti Ibrahim dengan mas kahwinnya tiga puluh rakaat tunai"
 
Tok Kadi: "Tiga puluh ringgit! Bukan tiga puluh rakaat. Orang sembahyang terawih pun tak sampai tiga puluh rakaat."
 
 

SINOPSIS NOVEL GELAK TERGOLEK

 
Lumrah kehidupan seseorang manusia itu mengalami pelbagai peristiwa pahit manis di dunia ini. Begitu juga dengan Rahman. Pelbagai kisah lucu yang terpaksa dihadapinya dalam usaha mengahwini kekasihnya, Maimun.

Bermula dengan ibunya yang dipatuk angsa ketika datang merisik Maimun hinggalah rombongan pengantin yang membawa Maimun telah tersilap ke rumah yang mengadakan kenduri bersunat di kawasan kejiranan rumah Rahman.

Tak cukup dengan itu, Rahman terpaksa berhadapan dengan bapa mertuanya, Pak Brahim yang agak alim orangnya, sedangkan Rahman alim-alim kucing sahaja. Pelbagai kisah haru-biru yang berlaku di rumah Pak Brahim setelah Rahman menjadi menantunya.

Ikutilah juga kisah ketua marhaban, Hajah Meriam yang terpaksa merempit dengan babi semata-mata ingin ke kenduri potong jambul anak kembar Rahman.

Gelak Tergolek… wajib dimiliki!

 

Penerbit
Kaki Novel
 
 
Halaman
396 muka surat

Harga Asal
RM 18.00

Harga Jual
RM 14 (harga novel) + RM 7 (kos penghantaran)  

*** Tip top condition seperti dalam gambar di atas :D ***
 
Untuk membeli novel ini, email ke novel2ndhand(at)gmail.com.
ATAU
SMS 019 - 6263 820 ( Siti )

BIRU UNGU CINTAKU

 
"Cintaku tak pernah bohong walaupun kau salah ertikannya"
 
 
SINOPSIS NOVEL BIRU UNGU CINTAKU 
 
Siti Julia Sophia benar-benar tertekan apabila ditinggalkan oleh suami yang amat dikasihi. Tiba-tiba saja Faeris Syakim menghilangkan diri tanpa sebarang pesan dan khabar berita. Jiwa Julia bertambah sengsara apabila dibelenggu ketakutan. Berulang kali dia diugut dan terus diburu lelaki misteri sehingga nyawanya terancam.

Kepada kakaknya, Siti Jesnita Shania dia mengadu untuk merungkai segala kekalutan yang dialami. Tapi tanpa diduga, kakaknya itu punya rancangan yang strategik. Tanpa berbincang, dia mengheret Dr. Qairul Arif ke dalam permainan barunya. Dia mahu lihat siapa yang bijak dan siapa yang dungu!

Maruah Syakim semakin tercabar. Dia yang selama ini memendam rasa cemburu dan syak wasangka terhadap Julia terus bertekad untuk menyingkap segala kecurangan Julia dengan menyamar sebagai Prince William di dalam Facebook, bertujuan untuk menggoda isterinya sendiri. Namun, tindakannya telah menjerat dirinya. Julia yang tidak tahu apa-apa pula menjadi mangsa keadaan. Haruskah dia berjumpa dan berterus terang kepada isterinya?

 

Penerbit
Alaf 21
 
 
Halaman
376 muka surat

Harga Asal
RM 21.00

Harga Jual
RM 15 (harga novel) + RM 7 (kos penghantaran)  

*** Tip top condition seperti dalam gambar di atas :D ***
 
Untuk membeli novel ini, email ke novel2ndhand(at)gmail.com. Atau SMS 019 - 6263 820 (Siti)


Tuesday 14 February 2012

QUARTET


SINOPSIS QUARTET

Ini kisah sekeping hati yang dicalit empat rona indah sayangnya
dia terlupa yang pelangi itu jalurannya tujuh; 
dan salju pula jadi cair dipanah mentari 
lalu berguguran dihembus bayu luruh.



Ini kisah sekeping hati yang berkali-kali diuji, 

takkan bercahaya pelangi sebelum hujan, 
takkan bersinar indah bintang-bintang 
tanpa gelap malam.

Mak mahukan menantu seperti Sami Yusuf. Kalau bawa surah panjang dalam solat pun tidak mengapa kerana suaranya sedap. Misa pula lebih tertarik dengan bayangan Yusuf, pun punya suara yang merdu apabila bertakbir. Malangnya ‘Yusuf’ menolak cinta ‘Zulaikha’ walaupun jarinya terluka. 

Tapi Misa, jari yang terluka boleh diubat dengan minyak gamat, luka di hati nak ubat dengan apa?

Ini perjalanan Misa mencari cinta. Empat lelaki seperti empat musim juga. Akhirnya Misa pasrah. Untuk mencari cinta antara Adam dan Hawa, dia harus mencintai dirinya sendiri. Dia harus mencintai Allah.


PENULIS
Saidatul Saffaa

Penerbit
Jemari Seni Sdn Bhd

Halaman
 600 muka surat

Harga Asal
RM 20.00

Harga Jual
RM 15.00 + RM 7.00 (kos penghantaran) SUDAH TERJUAL

Untuk membeli novel ini, email ke novel2ndhand(at)gmail.com.