Tuesday, 5 July 2011

EGOIS - NORHAYATI BERAHIM


Atia dan Fikri berkawan sejak di bangku sekolah dan kini sama-sama bekerja sebagai remiser. Hubungan mereka telah diketahui oleh keluarga masing-masing. Namun sebagai wanita, Atia tidak pernah mempamerkan emosinya sama ada dia menyukai Fikri sebagai kekasih atau sahabat. Fikri yang memang menyintai Atia mula mereka cerita yang dia sudah bertunang kerana mahu melihat reaksi Atia. Atia walaupun tidak pernah mempamerkan emosinya sebenarnya memang menyintai Fikri. Dia berasa amat kecewa dengan berita pertunangan itu. Sebgai seorang remiser, Atia mempunyai ramai pelanggan dan salah seorangnya Lokman. Lokman seorang yang 'male chauvinist' akhirnya jatuh cinta pada Atia namun Atia menolaknya kerana bagi dia cinta tidak semudah itu beralih arah.

Selepas emak Atilia, Ramlah meninggal dunia, Atia diberitahu oleh ayah mereka, Haji Idris yang emeka mereka mempunyai seorang kakak. Atia pergi mencari emak saudaranya yang dipanggil Mak Long. Mak Long mempunyai seorang anak yang bernama Azali. 

Kerana kecewa mendengar berita pertunangan Fikri, Atia selalu mengunjungi Mak Longnya ketika hujung minggu. Dari situ, hubungan Atia dengan Azali bertambah rapat. Haji Idris melahirkan kebimbangannya apabila Azali mahu meminang Atia. 

Mengapa Haji Idris berasa bimbang?. Apakah rahsia yang disimpannya?. Siapakah akhirnya yang menjadi suami Atia?

PENULIS
Norhayati Berahim


Penerbit
Alaf 21 Sdn Bhd

Halaman
310 muka surat

Berat
300 g

Harga Asal
RM 12.00

Harga Jual
RM 5.00 + RM 7.00 (kos penghantaran)   SUDAH TERJUAL

No comments:

Post a Comment

Post a Comment