Tuesday 5 July 2011

ARCA KASIH


SINOPSIS

Norashikin bertugas di sebuah syarikat yabg terkenal di Kuantan. Dia seorang gadis yang cantik dan berjawatan eksekutif di syarikat itu. Ramai lelaki yang ingin memikatnya namun mereka tidak berani kerana kedudukan beliau dalam syarikat itu mengatasi segala-galanya. 

Suatu hari, Norashikin telah dipertemukan dengan Asmawi di satu mesyuarat penting yang diadakan di syarikatnya. Sebaik sahaja mesyuarat dimulakan, mata Asmawi asyik memandang Norashikin. Dia benar-benar tertarik dengan kejelitaan Norashikin. Pelbagai cara dilakukan untuk memenangi hati Norashikin tetapi Norashikin tidak suka kepada Asmawi kerana dia lebih egoistik. 

Pada Asmawi, menambat hati gadis itu merupakan prioriti dalam hidupnya. Dasar lelaki memang tidak pernah mengaku kalah. Akhirnya Asmawi berjaya memiliki Norashikin tetapi kemunculan Sandra teman lamanya dari England, secara tiba-tiba menggugat kasih mereka. Norashikin rasa tertipu dan cuba melarikan diri dari Asmawi.

Tatkala hati Norashikin dilanda kebuntuan, dia mendapat tahu yang Asmawi menghidap penyakit Retinal Detachment yang mungkin menyebabkan dia hilang penglihatan. Adakah Norashikin rela membiarkan lelaki yang pernah dikasihinya menderita?. 

PENULIS
Norzailina Nordin

Penerbit
Alaf 21 Sdn Bhd

Halaman
499 muka surat

Berat
480 g

Harga Asal
RM 17.00

Harga Jual
RM 9.00 + RM 7.00 (kos penghantaran)  SOLD OUT

No comments:

Post a Comment